iklan nuffnang

Wednesday, July 23, 2008

Rahsia Warna

Warna apa yang anda suka?!
Jom kenali warna dan diri kita.....


BIARPUN tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Putih mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan.
Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Jingga/Oren - Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian.

Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

============================================
so~.... WARNA apa yg anda suka??

Monday, July 21, 2008

Hari Minggu

Hari Ahad adalah hari untuk rehat....buring gak rasanya....tak buat apa-apa....aku telah kumpul tie hubby aku dan susun satu tempat....aku telah menggulungkannya dan letak dalam satu bakul....nak pakai senang tak payah nak cari-cari...kalau sangkut asyik ilang jer...tapi ni pun dah banyak hilang...aku kumpul mana yang ada depan mata jer....hehehehe

Dapat Voucher Penginapan

Minggu lepas aku dapat call dari satu kompani nih...dia bagitau yang aku dapat voucher penginapan 3 hari 2 malam....untuk 5 negeri, pilih jer nak negeri mana...syarat nak dapat voucher tu hanya datang dan dengar taklimat selama 45 minit....errrr tu yang malas tuh....sebenarnya...bulan ni jer aku terima 4 panggilan...1) dari sunway...dorang offer penginapan, 2) palace of d goden horses...dorang pun offer penginapan gak...tapi aku tolak sebab dekat sangat...tak besh...hik hik hik....memilih!...3) legend hotel kat d mall...yang ni aku penah dapat...semua ni aku tolak...sebab masa dorang call tu kebetulan aku tak der mud...aku tolak cam tu jer....tapi yang ni aku rasa cam menarik plak...sebab tempoh penginapan lama skit....maka aku telah membuat temujanji..sabtu lepas aku telah ke sana...tempatnya kat jln. yap kwan seng...aku telah menggedikkan diri ke sana bersama hubby aku....aku dah berpakat ngan hubby aku nak buat blur-blur bila dorang taya atau terangkan apa-apa...bukan apa...sebab bukan tu yang kami nak...kami just nak voucher sahaja....hikh hikh hikkkk keji kan?!?!?...






sajer wat muka buring...sebenarnya dorang nak pekenalkan produk baru...mesin reload...memang la menarik reganya pun menarik gak....

tapi awal-awal lagi aku cakap kitorang tak mampu...lagi pun kitorang tak penah tau mendalah nih...mesin Xpax pekebenda...yang kami penah tengok logo Xpax jer....hik hik hik....dorang gelak besar kat kami...yela pe punya dungu kan...sesi penerangan untuk kami amek masa setengah jam jer....dorang pun kesian tengok kami tak mampu...dorang terus bagi voucher...kami pun blah...hore-hore...dapat voucher penginapan percuma....bila nak pegi ek...err...errrr......









Wednesday, July 16, 2008

Kenapa Wanita Mudah Menangis???

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti!”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengarjawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Tuesday, July 15, 2008

Cermin Mata...

Ihikssss.... alang2 mengendeng biar dapat satu....ahad lepas aku telah menemani hubby aku beli cermin mata...aku cuba ngendeng2 ...mana la tau kot2 dapat satu.....yeah! yeah!....aku dapat....makcik suka bangat seh.....santek tak?!


Aku tak nak citer panjang...sebab aku tau koang akan buring baca citer pepanjan ye dok....

Gemuk Kah Aku?!?

Errrr...aku gemuk ker?....sila jangan jawab ye kekawan sebab jawapan koang akan mematikan semangat aku...huh....ramai yang dok tegur...aku tau aku sedar...baju yang aku pakai ni telah membuktikannya...aku beli sejak taun lepas lagi baju nih tapi aku simpan....tak bleh pakai sebab besar tak tentu arah...tapi alih2 skrg dah muat laks...



selera aku bertambah2 sekarang ni...makan pun dah ganda...ihiksssss...dulu berat aku hanya 58 kg...tapi sekarang 67 kg wooooo hoho



Friday, July 11, 2008

Jawapan....

Hahaha...semua salah jawapan koang....ada yang jawab lagu cinta bagai....jawapan sebenarnya adalah lagu happy birthday ler....

Thursday, July 10, 2008

CUBA TEKA....

hehhehe wahai kawan2 yang bijak pandai...lagu apa yang seluruh negara akan menyanyi dengan sebutan yang sama....errr faham tak soklan aku nih....maksudnya baik malaysia, thailand, cina....bagai.... akan sebut perkataan yang sama bila nyanyi lagu ni....hehehhehe jawab...jangan tak jawab.....nak jawab sila emel kat aku ...mangkuk_senyum@yahoo.com....selamat menjawab...
:D

K.A.W.A.N

Apa tafsiran korang tentang kawan?....walau apa pun tafsiran korang yang penting kawan tetap kawan....ramai yang menganggap aku ni kurang berkawan...dan ada juga yang kata aku ni suka menyendiri...ahhhh aku duliks apa janji aku bahagia....tapi yang sebenarnya aku tak kisah kawan ngan saper tapi untuk menjadi kawan baik amek masa....hehehe macam poyos je kan....sila jangan ikut pangai aku ye kawan2....aku ada kawan yang aku kenal sejak tingkatan 1 lagi...dan sampai sekarang aku masih berkawan....Koang ada ke kontek dengan kawan2 yang koang kenal sejak dari tingkatan Satu?!? Hik hik hik...*soklan kerek giler*







Wednesday, July 9, 2008

Loreal

Meh aku nak citer pasal gambar kat bawah ni plak....tahun lepas...bulan baper tak hingat laaa....masa ni aku telah di mekap dengan menggunakan barangan loreal...ihiksssss...aku suka bangat seh.....sebenarnnya aku hanya mencuba nasib....dan mungkin nasib aku masa tu baik...yeay! yeay! aku terpilih....aku bagitau mak aku...minta restu la katakan....tapi....mak aku tak bagi arrrr....mak aku kata jangan macam2...mak aku tak suka bab2 modeling ni.....maka aku akur....ermmmm....dorang bagi aku barangan loreal....ihiksss...sukanya....dan gambar ni jadi kenangan.....gambar asal tak der la blur cam ni ye kawan2....tapi aku telah memfoto scape kannya....baru belajar foto scape la kata kan....mood apa ntah....ihikssss


Monday, July 7, 2008

Majalah Dara

Apa ada dalam majalah dara?!....korang penah tengok tak majalah dara edisi ke 47?....hehhe sebenarnya aku ada dalam majalah tu....aku telah dihubungi oleh Lan jurufoto karang kraf....dia jemput aku menjadi tetamu lepak selebriti....dan...artis pada masa tu adalah Jehan....errrr aku tak der la minat sangat kat mamat ni...tapi bila diberi peluang bergambar memang aku tak tolak la yer...aku kan suka begambar ihiksssss....aku diminta bermain snuker ngan Jehan....hahahha...seumur idup aku tak penah aku main mendaalah ni....tapi dorang kata tak per nanti Jehan akan ajar.....oooooo...sonok weh....lokasinya di pusat snuker summit USJ...meh tengok gambar ni....masa ni belum kawen lagi dan masih kurus....



Boling @ Klab Golf Bukit Jalil

Semalam aku telah menyebukkan diri ngikut hubby aku g men boling. katanya ada perlawanan...alaaa perlawanan kecil2...just untuk suka2....masing2 bawa famili memasing....aku tak join pun tak larat maaaa....just tengok dan gelak kat dowang bleh ler....hahaha...hubby aku dapat tempat ke 5 daripada 15 peserta....hehhehe walapun ada gak dibaling masung longkang....walau apapun enjoy....

Friday, July 4, 2008

Hadiah Perkahwinan....

Malam tadi aku saje menyibukkan diri nak ikut hubby aku kuar jumpa kawan dia....boring arrr dok umah sesowang...kitorang gi makan kat d'limau nipis...korang tau pe yang menarik kat situ ...hehehe dah tentu tauhu bakar dan air limau special.....tak sah kalau gi situ tak oder mendaalah tu....


kitorang sampai dulu....tengah aku menjamu tauhu tu member hubby aku sampai ...dengan menghulurkan bungkusan....katanya hadiah perkahwinan....ihikkksssss sukanyaaaa....tak sangka masih ada lagi yang nak bagi hadiah.....tak sesia aku ikut tau!!!...pe pun thanks ye....alaaaa aku lupa nama dia...sowi....sengal!!!!!!!

balik umah aku terus buka hadiah tu....heeheheheh tadaaaaa...ni dia.....



Santekk kan?!....aku suka arrrr...dah lama aku tingin frame Allah Muhammad ni tapi tak terbeli DAN...satu agi...


yang ni pun aku suka santek gak....periuk ni tak silap aku untuk merebus....alhamdulillah..toche...toche...

Thursday, July 3, 2008

Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara...hujan adalah satu rahmat....beberapa hari sejak kebakangan ini asyik panas je kan...kalau kuar waktu ngahari rasa menggelegak otak woooo...kekadang sampai ke petang panasnya....tapi hari ni hujan telah turun membasahi bumi....tapi aku kat dalam ni tak tawu hujan ke panas...bila kuar tau tau dah ujan....aku saje je snap gambar ni...ihikkssss....




Terharu!!!!

Ari tu aku terima panggilan dari kampung...ingat aper...rerupanya anak buah aku sowang ni nak bercakap ngan aku...windu kat maksu katanya...ihiksssss...terharu weh!....cayang dia...nanti maksu beli menan bawa balik yer....hehehheheh


Wednesday, July 2, 2008

WANTED



korang dah tengok ke citer ni?...emmm aku dah tengok boleh tahan la....bagi aku jalan ceritanya biasa jer...berunsur dendam...cuma yang beshnya aksi dorang ...wuh!!!..kellassss gituh....aku bagi 4 bintang....boleh gituh!!!...muhehhehe.....

Black Masuk Wad....

Huhuhu....sedey seh....bila tengok black ditarik...cian black...black sangat berjasa pada aku...sayang bangat aku sama black....korang tau ke black tu saper?....hehhehe kete aku ler....rosak dengan tetiba...tak bleh gerak langsung..pe lagi terpaksa le aku cal kurnia untuk hantar towing dan dibawa ke bengkel....