iklan nuffnang

Wednesday, August 27, 2008

Yehaaaaa!!!!!

Yeah!..Yeah!...tak sangka masih dapat hadiah kawen lagi....walaupun 5 bulan dah berlalu...kali ni hadiah dari adik aku....kebetulan aku gi umah dia sebab ada urusan skit...tup...tup dia kuar kan satu kotak...katanya hadiah kawen.....dah berabuk pun balutan kotak tuh....dah lama katanya....haih betuah punya budak....tak anta hadiah tu ke umah aku....disimpannya...tunggu aku datang....eeemmmm apa pun toche..toche.....santek...aku suka....menambahkan lagi koleksi barangan dapur aku.....haiyaaaa....kena rajin2 la masak nih....kalau tak kena perli....ihikssssss

Tuesday, August 26, 2008

Harga Murah?!?!!

Korang penah tak gi mana2 kedai yang menjual barang ofer giler2...sabtu lepas aku telah memaksa kederat aku untuk ke setapak semata2 nak beli perabut harga RM 10...harga asal RM 109.


ofernya stat jam 12 tgh...aku sampai sana jam 10.00 pagi...aku ingat aku le org petama rerupanya dah beratur panjang...korang tengok le gambar nih...


kalau korang sanggup tak beratur cam ni semata2 nak dapat barangan semurah ini....tak kisah la apa pendapat korang ...yang pasti aku sanggup...aku suka menda2 camni ihiksssss.....aku target dapat half moon table...berkenan sangat...santek ngan ukirannya.....tapi....rezeki tak menyebelahi aku la ...belum lagi sampai giliran aku meja tu dah habis dijual....yang tinggal cuma toster jer....aku bantai beli gak rrrrr RM 10 kan....lagi pun toster kat umah aku dah rusak....jadi lah ...daripada tak dapat ape langsung.....kira bertuah skit daripada owang kat belakang aku...sebab dorang langsung tak dapat pe2....ihiksssssss......syukur.....

Kenduri bekas ofis mate

eeee lama dah rasanya aku tak update blog kecayangan aku nih....dah bersawang ....bukan apa ...cuma aku tak der mud skit....nih kira entry tertangguh la ek....masa ni awal bulan 8 aku telah merelakan diri untuk gi kenduri bekas ofis mate aku yang tinggal tak berapa jauh dari umah aku ... tahun lepas aku penah mekap kan dia nih ... masa tu abang dia kawen....heheheh besh bila boleh mekapkan owang...so ada sesapa yang nak aku mekapkan tak.....ihiksssss



Wednesday, July 23, 2008

Rahsia Warna

Warna apa yang anda suka?!
Jom kenali warna dan diri kita.....


BIARPUN tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Putih mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan.
Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Jingga/Oren - Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian.

Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

============================================
so~.... WARNA apa yg anda suka??

Monday, July 21, 2008

Hari Minggu

Hari Ahad adalah hari untuk rehat....buring gak rasanya....tak buat apa-apa....aku telah kumpul tie hubby aku dan susun satu tempat....aku telah menggulungkannya dan letak dalam satu bakul....nak pakai senang tak payah nak cari-cari...kalau sangkut asyik ilang jer...tapi ni pun dah banyak hilang...aku kumpul mana yang ada depan mata jer....hehehehe

Dapat Voucher Penginapan

Minggu lepas aku dapat call dari satu kompani nih...dia bagitau yang aku dapat voucher penginapan 3 hari 2 malam....untuk 5 negeri, pilih jer nak negeri mana...syarat nak dapat voucher tu hanya datang dan dengar taklimat selama 45 minit....errrr tu yang malas tuh....sebenarnya...bulan ni jer aku terima 4 panggilan...1) dari sunway...dorang offer penginapan, 2) palace of d goden horses...dorang pun offer penginapan gak...tapi aku tolak sebab dekat sangat...tak besh...hik hik hik....memilih!...3) legend hotel kat d mall...yang ni aku penah dapat...semua ni aku tolak...sebab masa dorang call tu kebetulan aku tak der mud...aku tolak cam tu jer....tapi yang ni aku rasa cam menarik plak...sebab tempoh penginapan lama skit....maka aku telah membuat temujanji..sabtu lepas aku telah ke sana...tempatnya kat jln. yap kwan seng...aku telah menggedikkan diri ke sana bersama hubby aku....aku dah berpakat ngan hubby aku nak buat blur-blur bila dorang taya atau terangkan apa-apa...bukan apa...sebab bukan tu yang kami nak...kami just nak voucher sahaja....hikh hikh hikkkk keji kan?!?!?...






sajer wat muka buring...sebenarnya dorang nak pekenalkan produk baru...mesin reload...memang la menarik reganya pun menarik gak....

tapi awal-awal lagi aku cakap kitorang tak mampu...lagi pun kitorang tak penah tau mendalah nih...mesin Xpax pekebenda...yang kami penah tengok logo Xpax jer....hik hik hik....dorang gelak besar kat kami...yela pe punya dungu kan...sesi penerangan untuk kami amek masa setengah jam jer....dorang pun kesian tengok kami tak mampu...dorang terus bagi voucher...kami pun blah...hore-hore...dapat voucher penginapan percuma....bila nak pegi ek...err...errrr......









Wednesday, July 16, 2008

Kenapa Wanita Mudah Menangis???

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti!”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengarjawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Tuesday, July 15, 2008

Cermin Mata...

Ihikssss.... alang2 mengendeng biar dapat satu....ahad lepas aku telah menemani hubby aku beli cermin mata...aku cuba ngendeng2 ...mana la tau kot2 dapat satu.....yeah! yeah!....aku dapat....makcik suka bangat seh.....santek tak?!


Aku tak nak citer panjang...sebab aku tau koang akan buring baca citer pepanjan ye dok....

Gemuk Kah Aku?!?

Errrr...aku gemuk ker?....sila jangan jawab ye kekawan sebab jawapan koang akan mematikan semangat aku...huh....ramai yang dok tegur...aku tau aku sedar...baju yang aku pakai ni telah membuktikannya...aku beli sejak taun lepas lagi baju nih tapi aku simpan....tak bleh pakai sebab besar tak tentu arah...tapi alih2 skrg dah muat laks...



selera aku bertambah2 sekarang ni...makan pun dah ganda...ihiksssss...dulu berat aku hanya 58 kg...tapi sekarang 67 kg wooooo hoho



Friday, July 11, 2008

Jawapan....

Hahaha...semua salah jawapan koang....ada yang jawab lagu cinta bagai....jawapan sebenarnya adalah lagu happy birthday ler....

Thursday, July 10, 2008

CUBA TEKA....

hehhehe wahai kawan2 yang bijak pandai...lagu apa yang seluruh negara akan menyanyi dengan sebutan yang sama....errr faham tak soklan aku nih....maksudnya baik malaysia, thailand, cina....bagai.... akan sebut perkataan yang sama bila nyanyi lagu ni....hehehhehe jawab...jangan tak jawab.....nak jawab sila emel kat aku ...mangkuk_senyum@yahoo.com....selamat menjawab...
:D

K.A.W.A.N

Apa tafsiran korang tentang kawan?....walau apa pun tafsiran korang yang penting kawan tetap kawan....ramai yang menganggap aku ni kurang berkawan...dan ada juga yang kata aku ni suka menyendiri...ahhhh aku duliks apa janji aku bahagia....tapi yang sebenarnya aku tak kisah kawan ngan saper tapi untuk menjadi kawan baik amek masa....hehehe macam poyos je kan....sila jangan ikut pangai aku ye kawan2....aku ada kawan yang aku kenal sejak tingkatan 1 lagi...dan sampai sekarang aku masih berkawan....Koang ada ke kontek dengan kawan2 yang koang kenal sejak dari tingkatan Satu?!? Hik hik hik...*soklan kerek giler*







Wednesday, July 9, 2008

Loreal

Meh aku nak citer pasal gambar kat bawah ni plak....tahun lepas...bulan baper tak hingat laaa....masa ni aku telah di mekap dengan menggunakan barangan loreal...ihiksssss...aku suka bangat seh.....sebenarnnya aku hanya mencuba nasib....dan mungkin nasib aku masa tu baik...yeay! yeay! aku terpilih....aku bagitau mak aku...minta restu la katakan....tapi....mak aku tak bagi arrrr....mak aku kata jangan macam2...mak aku tak suka bab2 modeling ni.....maka aku akur....ermmmm....dorang bagi aku barangan loreal....ihiksss...sukanya....dan gambar ni jadi kenangan.....gambar asal tak der la blur cam ni ye kawan2....tapi aku telah memfoto scape kannya....baru belajar foto scape la kata kan....mood apa ntah....ihikssss


Monday, July 7, 2008

Majalah Dara

Apa ada dalam majalah dara?!....korang penah tengok tak majalah dara edisi ke 47?....hehhe sebenarnya aku ada dalam majalah tu....aku telah dihubungi oleh Lan jurufoto karang kraf....dia jemput aku menjadi tetamu lepak selebriti....dan...artis pada masa tu adalah Jehan....errrr aku tak der la minat sangat kat mamat ni...tapi bila diberi peluang bergambar memang aku tak tolak la yer...aku kan suka begambar ihiksssss....aku diminta bermain snuker ngan Jehan....hahahha...seumur idup aku tak penah aku main mendaalah ni....tapi dorang kata tak per nanti Jehan akan ajar.....oooooo...sonok weh....lokasinya di pusat snuker summit USJ...meh tengok gambar ni....masa ni belum kawen lagi dan masih kurus....



Boling @ Klab Golf Bukit Jalil

Semalam aku telah menyebukkan diri ngikut hubby aku g men boling. katanya ada perlawanan...alaaa perlawanan kecil2...just untuk suka2....masing2 bawa famili memasing....aku tak join pun tak larat maaaa....just tengok dan gelak kat dowang bleh ler....hahaha...hubby aku dapat tempat ke 5 daripada 15 peserta....hehhehe walapun ada gak dibaling masung longkang....walau apapun enjoy....

Friday, July 4, 2008

Hadiah Perkahwinan....

Malam tadi aku saje menyibukkan diri nak ikut hubby aku kuar jumpa kawan dia....boring arrr dok umah sesowang...kitorang gi makan kat d'limau nipis...korang tau pe yang menarik kat situ ...hehehe dah tentu tauhu bakar dan air limau special.....tak sah kalau gi situ tak oder mendaalah tu....


kitorang sampai dulu....tengah aku menjamu tauhu tu member hubby aku sampai ...dengan menghulurkan bungkusan....katanya hadiah perkahwinan....ihikkksssss sukanyaaaa....tak sangka masih ada lagi yang nak bagi hadiah.....tak sesia aku ikut tau!!!...pe pun thanks ye....alaaaa aku lupa nama dia...sowi....sengal!!!!!!!

balik umah aku terus buka hadiah tu....heeheheheh tadaaaaa...ni dia.....



Santekk kan?!....aku suka arrrr...dah lama aku tingin frame Allah Muhammad ni tapi tak terbeli DAN...satu agi...


yang ni pun aku suka santek gak....periuk ni tak silap aku untuk merebus....alhamdulillah..toche...toche...

Thursday, July 3, 2008

Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara...hujan adalah satu rahmat....beberapa hari sejak kebakangan ini asyik panas je kan...kalau kuar waktu ngahari rasa menggelegak otak woooo...kekadang sampai ke petang panasnya....tapi hari ni hujan telah turun membasahi bumi....tapi aku kat dalam ni tak tawu hujan ke panas...bila kuar tau tau dah ujan....aku saje je snap gambar ni...ihikkssss....




Terharu!!!!

Ari tu aku terima panggilan dari kampung...ingat aper...rerupanya anak buah aku sowang ni nak bercakap ngan aku...windu kat maksu katanya...ihiksssss...terharu weh!....cayang dia...nanti maksu beli menan bawa balik yer....hehehheheh


Wednesday, July 2, 2008

WANTED



korang dah tengok ke citer ni?...emmm aku dah tengok boleh tahan la....bagi aku jalan ceritanya biasa jer...berunsur dendam...cuma yang beshnya aksi dorang ...wuh!!!..kellassss gituh....aku bagi 4 bintang....boleh gituh!!!...muhehhehe.....

Black Masuk Wad....

Huhuhu....sedey seh....bila tengok black ditarik...cian black...black sangat berjasa pada aku...sayang bangat aku sama black....korang tau ke black tu saper?....hehhehe kete aku ler....rosak dengan tetiba...tak bleh gerak langsung..pe lagi terpaksa le aku cal kurnia untuk hantar towing dan dibawa ke bengkel....




Monday, June 30, 2008

KENA TIPU!!!

Mencik!!...Mencikkk!!!...
semalam aku gi petama dengan hasrat nak trade in h.set. h.set lama aku motorola...alaa yang biasa tu jer....nak tukar nokia 2630....aku target h.set lama aku dorang amek dalam 100 camtu....korang tau rata2 dorang nak amek 60 jer....ahhh tak nak ler aku....baik aku simpan masuk muzium je....tapi aku tak putus asa...aku menjelajah tiap kedai...tapi aku rasa dorang ni geng ler....yang malangnye....aku pun tak tau mana satu kedai aku pegi...tup...tup h.set aku dah dibuat log kod...cis!!! kuang hajar.....aku tak tau saper punye orang yang busuk ati ....khianat ...laknat....pe lagi h.set yang aku target 100 tu dah tak boleh dapat dan telah memaksa aku untuk menjualnya sebab aku dah tak bleh buat apa....nak buka log aku tak tau pe kodnya....kalau korang sakit hati tak?!....eeeeee hangin satu badan tau!!!!!!...last skali aku terpaksa tolak kat dorang dengan harga 70 jer.....huhuhu.....wa tarak untung lo....
pengajaran....len kali kena lebih berhati2...jangan main bagi je bila dorang nak tengok h.set w.pun kita nak jual....pastikan dorang tekan apa2 depan mata pala kita...hokey!!!!

Friday, June 27, 2008

CIMPANK

Tengahari ni pingu comey ajak aku untuk teman kan dia gi CIMB BANK. tetiba aku tingat satu citer yang bleh dikatakan kelakar....citer ni hubby aku yang citer...katanya peristiwa ni berlaku kat member dia....alkisahnya...masa tu lebih kurang dalam pukul 9.00 malam. member ni tengah tunggu aweknya dalam kete...tetiba mai sorang cina yang agak berumur ketuk pintu ketenya...cuak le member ni apa hal kan memalam cam ni mabuk ker cina ni...jom layan dialog dorang...

cina : wa mau tanya itu cimpeng...
melayu : cimpeng tu apa?
cina : haiyaaaa...lu tarak tau ka...
melayu : ye la cimpeng tu apa....nama orang ke, nama jalan ke, nama tempat ke...
cina : haiyaaaa....itu cimpeng ahhhh....macam itu maypeng, ampeng...
melayu : ciss....sebut la betul2...CIMB BANK
cina : ye ..betul2...
melayu dalam hati : tak guna punya cina...sambil berputar urat perut punya la nak gelak...ada juga manusia jenis ni....hahhahahaha

tapi kan kreatif ler cina ni...sampai kita tak terpikir dia bleh baca cimpeng.....

Friday, June 20, 2008

Ubat + Durian....

aku memang hantu durian...pantang tengok ngap jer....sedap kan?!....saper tak suka angkat tangan...( \./ )......eeeee ruginyer.....tapi dalam sedapnya tu... ada gak kesan2 yang kurang menyenangkan....kisahnya malam tadi...aku makan ubat lebih kurang jam 9.00 malam....kul 10 lebih cenggitu aku dah ngap durian...aku lupa....dah lepas makan baru tingat...caner?!....tu pun sebab terperasan plastik ubat atas meja.....Fuhhh!!!! berderau darah beb!....cuak giler...bukan apa aku tingat aruah bapa aku hampir pengsan sebab makan ubat pastu makan durian...terus aku paksa my hubby cal member dia doktor...tak pasal2 doktor tu kena kacau memalam...ihikssss....ahhh tak duliksssss....doktor tu kata setakat ubat vitamin takder hal la....yang tak boleh ubat yang mengandungi alkohol macam ubat batuk dan bagai la....oooooo baru aku faham....tapi....aku masih tak sedap ati....my hubby kata susah orang kampung ni hehehehe...setengah jam lepas tu aku gi semayang ...tetiba aku rasa darah naik ke kepala....gelap mata aku macam nak tumbang jer...cepat2 aku habiskan rakaat...berlari ke dapur buka peti ais...amek seikat kangkung....aku kunyah kangkung cam tu jer....hahhahahah kelakar plak rasanya....korang tau apa aku rasa lepas tu?....emmmm rasa lega skit....mungkin sejuk kangkung kot....ni petua ibundaku....dia kata kangkung adalah penawar kalau mabuk ubat....alhamdulillah lepas tu keadaan beransur pulih...aku pun tido....aku rasa mungkin mind aku dah set...tu pasal jd lagu tuh....haih!!!


mangkuk yang tak berapa nak senyum : kena lebih hati-hati...

Thursday, June 19, 2008

Kluang Station @ Giant...

Sebelum ni aku dengar jer member2 dok citer teh ais kat Kluang Station besh....emmmm tingin gak arrr nak merasa...besh tahap mana kan....tengah ari tadi aku berpeluang ke sana untuk lunch...pe lagi berdezub ler ke kluang station....aku paksa pingu comey makan kat situ....ahhhh tak duliksssss.....tak padan ngan tak larat oooo....jalan terkedek2...sangup wooooo ....hik hik hik...masuk jer kat situ kami terus oder teh ais....fuh!....memang melekat siut!!....sedap giler...punya la...kesempurnaannya....teh aisnya cukup rasa...membuatkan aku oder sampai 2....over kan?!....makan lak.... kami oder asam fish curry....nampak cam sedap....tapi memang sedap pun...tapi....aku tak habis sebab dah bantai teh ais segelas.....arrrrr kenyang plak....kami layan jer la....sambil makan sambil citer bagai....korang tengok ler gambar ni punyer ler sedap sampai juling biji mata aku....emmmm ni muka aku terkini penuh ngan bintik2 merah....bukan salah pakai prodak yer kawan2...tu adalah alahan...errrrr alahan?!...hehehhehe nanti la aku stori mori pasal tu.....




Wednesday, June 18, 2008

Rancangan dari JAKIM...

Korang penah tak perasan dulu-dulu.... dalam rancangan Dari JAKIM yang disiarkan setiap hari selasa jam 6.30 ...tak perasan..?1....emmmm ada la 2,3 kali aku kuar dalam rancangan ituww..

1. Aku ditemuramah pasal rokok dan rasuah (31/7/07 dan 14/8/07) ..ihiksss.... aku bantai jer....
2. Berlakon...ha ha naper tak cayer?.....yer!....aku berlakon ...eeeee makcik suka!!...dah lama aku tingin nak berlakon...tambah plak pangai aku yang tak reti nak tolak.....watak aku sebagai Timah...orang kampung yang kuat mengumpat.....hehehe tu lakonan je ye kawan2...shooting tu telah dibuat di Kuala Pilah....aku berdialog Klate.....ahakssss suka le aku....apa taknyer bahasa ibundaku....tapi....yang ruginya time tu aku tak bawa kamera...so takder la gambar kenangan...hu huhu...
3. Pengacara untuk siaran khas Dari JAKIM sempena hari raya....raya ke 4 tahun lepas ditayangkan....hahaha banyak gak arrr peristiwa yang membuatkan aku nak tergelak sendiri bila tingat...antaranya ada di antara pelancong dari Korea berebut amek gambar dengan kami....dia ingat kami selebriti agaknya.....wakakkaka....kelakar beb!....satu agi...pengacaraan aku tak berapa nak menjadi ler...aku ditegur oleh pengarah dia kata aku mengacara macam bagi ceramah.....adus!....2 kali buat baru ok....tu pasal gambar kami baju lain-lain sebab hari yang berlainan....aku malas rrr nak citer pepanjang....jom arrrr kita tengok gambar yang menjadi koleksi aku nih.....ihiksssss




Cahayaku.....


mangkuk yang tak berapa nak senyum : sajer layan jiwang .....ihiksss.....

Dialog Guru + Pelajar

Meh aku nak citer sebuah kisah, kisah ni berbentuk ketuhanan dan keagamaan yer kawan-kawan. Citernyer camni ada seorang Cikgu yang agak samdol ingin menyesatkan akidah pelajar2nya. Puas semalaman dia pikir camana dia nak buktikan kepada pelajarnya yang Tuhan itu tak de. So....tub...tub....dia dapat satu idea. Keesokan harinya dengan semangat dia masuk ke kelas dan dalam hati berkata 'habis la korang jap agi budak'...

Cikgu : Selamat Pagi
Murid : Selamat pagi
Cikgu : Ari ni kita nak belajar suatu benda, ok sekarang cuba kamu teka apa ada dalam beg ni?
Murid : Pensil cikgu....
Cikgu : Ye betul, pandai!....so kamu nampak tak dalam beg ni ada pensil?
Murid : tak nampak..
Cikgu : kalau tak nampak bermakna...pensil ni ada ke tak?....
Murid : tak de cikgu....
Cikgu : ye....bagus....
Cikgu : Murid2...kat dalam kelas ni kamu nampak tak Tuhan?
Murid : tak nampak....
Cikgu : so Tuhan tu ada ke tak?....
Murid : tak ada cikgu....
Cikgu : Tersenyum sambil kata dalam hati ' yes...yes...aku telah berjaya menyesatkan akidah budak-budak ni...

Tapi tetiba salah seorang daripada pelajar itu mengangkat tangan dan memohon kepada Cikgunya untuk membuat perkara yang sama. Maka cikgu tersebut telah memanggil pelajar itu ke depan.

Pelajar : Kawan2....korang tau tak apa ada dalam kepala cikgu?
murid : otak....
Pelajar : Ye betul....korang nampak tak otak cikgu?
Murid : tak nampak....
pelajar : So....Cikgu ada otak tak?....
Murid : Tak ada....

Cikgu tu amat terkejut dengan kepintaran pelajar tersebut dan merasa amat malu lalu blah dari sekolah tersebut.....hehehehhe



mangkuk yang tak berapa nak senyum : bebudak sekarang cerdik2 tau ....jangan main2 ahhhhh.....

Tuesday, June 17, 2008

Adeh!....Adeh!....

Adeh laaa.....camana ni ....nak makan sakit tekak, dah 4 ari kena tonsil, peritnya nak nelan...tapi kalau tak makan plak pewut masuk hangin....kena gestrik....sungguh tak beshnyer.....dah 2 ari aku amek ais...sebab nak hilangkan sakit tekak....tapi last2 pewut aku jadi kembung....huwaaaaa!!!!!!!!!!!

SOM TAM

emmmm...tajuknye pun dah membuatkan meleleh air liurku...som tam ni adalah makanan kegemaranku ye kawan2.....ni sejenis makanan thai.....tp aku bukan setakat tau makan jer....aku tau nk membuatnya....kowang nak tau resepinya....meh kita sama-sama ikut cara ni....

bahan-bahan
betik/mangga
bawang putih
kicap sotong(cair)
cili
kacang tanah
kacang panjang
kangkung
udang kering
gula kabung (aku panggil gula kabung....tp x tawu plak kowang panggil aper)...alaaa gula yang color putih tp likat....
cuka

caranya
masukkan bawang putih, cili ke dalam lesung kayu dan tumbuk kasar, pastu masukkan gula kabung, kicap sotong, cuka (agak2 la..ikut cita rasa masing2)...masukkan udang kering, kacang tanah, kacang panjang...dan akhir skali masukkan betik atau mangga yang telah diparut halus....gaul hingga rata...kemudian hidang bersama kangkung.....emmmm siap sudahhhh senang jer kan.....sllrrrpppppppp beshnyer...selamat mencuba....

Monday, June 16, 2008

Why I Wanna Watch This Movie?

because it's a romantic comedies movie!!! so...jom kita pakat tengok movie ni... Made of Honour stars Patrick Dempsey (of Grey's Anatomy fame), and is one of the year's most anticipated romantic comedies. Guys, if there's one romantic movie you have to see this year, make it this one. It's pretty good! Girls: You already know you want to see this based on the main actor...

Pengaruh sudah....

hulala hulalala....yes!..yes!.....aku telah berjaya mempengaruhi kawanku untuk berblog....kalau kowang nak tau kawan aku tu memang besh dalam berbahasa....bahasanya memeng klakar...membuatkan kita tersenyum sendirian....tak caya jom layari pingucomey.blogspot.com

REBAT TUNAI

pada hari sabtu lalu aku telah ke pejabat pos mont kiara untuk mengambil rebat tunai.....ihikssss laju jer kan....duit beb!!!...saper tak nak....RM 625.00. senang jer just tunjuk IC, isi borang yang dah disediakan pastu dapat duit.....lalalalala...beshnyer....


Friday, June 13, 2008

AKU + DULANG....

Masa kecik-kecik dulu aku lah orang yang paling liat bila disuruh untuk memegang dulang bawa minuman untuk tetamu....pelbagai alasan yang aku bagi agar aku tak disuruh....hehehe tapi tak sangka bila dah masuk alam pekerjaan ni aku skali lagi diberi kepercayaan untuk memegang dulang...tapi kali ni bukan membawa minuman tapi...membawa hadiah, majlis perasmian, majlis anugerah dan bagai.....mula-mula berdebar seh!....mau tak?!.....semua akan tertumpu pada kita...errmmmm... tapi bila dipikirkan balik besh gak arrrr....hik hik...pengalaman woh!!!...jom tengok gambar yang menjadi koleksi aku.....






Thursday, June 12, 2008

Kenapa ekk!!!!!

Ada orang tanya aku nape pilih nama mangkuk senyum?...ermmmm...emmmmm naper ekk?!...mungkin sebab aku suka senyum kot...errrrr ye ke?!.....ihikssss..... *over tau* ...tapi yang sebenarnya aku pun tak tawu naper aku pilih nama tu...pe2 pun layan jer....ihiksss
Tengah amek makanan..... senyum heheh

Tengah main bola jaring pun sempat senyum yer...

eeeee....senyum lagi......


aihhhh....apa-apa lah......hehehe














Tuesday, June 10, 2008

Tarraaaa.......

Siapa itu mangkuk senyum......tarrraaaaa...ni dia mangkuk senyum.....ihiksss.......


Monday, June 9, 2008

Minyak oh Minyak....

emmmm....dah lama rasanya aku menyepikan diri....bukan hapa cuma kesihatan aku terganggu skit....sebab apa?.....nanti ler aku stori mori... ari ni aku bukan nak citer pasal kesihatan aku tapi nak citer pasal minyak....
oh...tidak!!!! sungguh perit rasanya....sungguh membebankan aku hokey! dulu RM 50 bleh sampai seminggu sekarang ni RM 50 hanya untuk 2, 3 hari jer.... adus!!! fening....fening.....
aku tau korang pun dok sibuk cakap pasal minyak kan....sekarang ni antara topik hangat
dan terlalu hangat mesti pasal minyak.....kan...kan..... aih!! apa nak jadi....

Friday, May 16, 2008

Mesej Karut

'KPD SUME SAUDARA2 YG DIKASIHI...JIKA ANDA MENDAPAT PANGGILAN
TELEFON YG BERNOMBOR PJG CTH : +62852731520946 DAN NOMBOR
ITU BERWARNA MERAH, DIHARAP JGN JWB. INI KRN DI INDONESIA SKRG
SKMPLN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI
TELEFON. JIKA SESIAPA MJWB PGLN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN AKAN MATI SELEPAS ITU, SDH 9 ORG MATI DAN MLM TD DI PUCHONG 2 ORG MATI.'...
emmmm.....begitulah ayat dalam mesej yang aku terima...
pada mulanya aku cuak dan takut gak arrr....yela mikirkan...nak caya takut syirik ...
tak caya kang takut betul.....kalau pikir logik takder la....
kebetulan harian metro hari ni keluar isu yang sama....so sah ler menda ni karut...
aih....memacam dunia skrg.....semoga kita dijauhi dari perbuatan syirik.....

Akhirnya......

yeah!yeah! akhirnya tercapai juga hasratku nak miliki blog sindiri.....
sebelum ni aku asyik baca blog owang jer...tapi besh sebab manyak
kisah yang boleh dijadikan teladan....
hehehhehe sekarang ni aku dah ada tugas baru di kala waktu lapangku,
berjinak2 dengan dunia blog...